- Anak benih yang berumur 10-16 hari selepas cambah sedia untuk diubah ke bantal tanaman berisi coco peat.
- Pada peringkat ini ketinggian pokok 10-12 cm.
- Anak pokok boleh juga diubah lebih awal lagi tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok.
- Beg tanaman ditebuk sama ada berbentuk tingkap atau bentuk X.
- Dawai Pengantung ini biasanya direntang kemas sama ada memanjang atau melintangi struktur pelindung hujan mengikut pergerakan matahari. Dawai ini mestilah cukup tinggi (2.5 m) untuk mewujudkan pengudaraan yang baik.
- Pastikan bahawa sistem pengairan titis berfungsi. Penitis dicucukkan kepangkal pokok agar anak pokok yang baru ditanam mendapat bekalan larutan baja setiap kali pam dihidupkan.
- Pemeriksaan sentiasa dilakukan pada setiap pokok untuk memastikan kesemuanya menerima titisan larutan baja.
PENGURUSAN SISTEM PENGAIRAN
- Pembekalan larutan baja dilakukan mengikut masa yang ditetapkan dengan bantuan alat pengatur masa.
- Kekerapan dan tempoh masa setiap penitisan bergantung kepada jenis tanaman dan peringkat umur tanaman.
- Pada amnya tanaman rockmelon yang mempunyai daun yang lebar, memerlukan kekerapan penitisan yang lebih jika dibandingkan dengan tanaman tomato atau cili.
- Tempoh masa penitisan tidak perlu terlalu panjang bagi menghalang pembaziran larutan baja.
- Dalam tempoh penitisan yang panjang, jumlah larutan baja yang diberikan akan melebihi kemampuan bagi coco peat untuk menyerap dan menyimpannya.
- Penitisan selama lebih kurang 5-6 minit bagi setiap 2 jam (pada siang hari) adalah memadai untuk tanaman yang ditanam di tanah rendah. Dalam tempoh ini tiap-tiap pokok menerima lebih kurang 100-150 ml larutan baja.
- Sistem pengairan titis memang mudah tersumbat akibat timbunan garam galian dan juga lumut.
- Pokok perlu diperiksa setiap hari untuk mengesan penitis yang tersumbat.
- Pemeriksaan yang cekap boleh dilakukan antara 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Pemeriksaan pada waktu petang mungkin terlalu lewat untuk memulihkan pokok yang telah layu akibat tidak mendapat larutan baja.
- Apabila penitis tersumbat, pokok akan layu. Biasanya pokok layu bermula dari daun muda atau pucuk. Cabut penitis dari microtiub dan bersihkan.
- Penggunaan penapis lazimnya boleh mengurangkan masaalah ini. Walaupun bagaimanapun perlu dingat bahawa penapis mestilah sentiasa dibersihkan dari semasa ke semasa untuk menjamin keberkesanannya.
- Kejadian penimbunan sisa garam galian didalam medium tanaman sering berlaku dikawasan tanah rendah tropika. Untuk mengelakkan kejadian ini, medium tanaman disyorkan supaya dibilas dengan air bersih setiap kali sebelum pengisian semula tangki larutan baja dilakukan.
No comments:
Post a Comment