Thursday, March 17, 2011

Struktur Pelindung Hujan SPH

Struktur Pelindung Hujan SPH


Pendahuluan

  • Pengeluaran tanaman diladang terbuka dataran rendah menghadapi risiko tinggi akibat tegasan suhu yang tinggi, sinaran matahari yang ekstrem, timpaan hujan lebat, tiupan angin kencang, serta serangan penyakit dan serangga perosak.
  • Dilaporkan kerosakan akibat serangan penyakit dan serangga perosak diladang terbuka boleh mencapai 100%.
  • Masaalah ini boleh diatasi dengan menggunakan teknologi struktur pelindung hujan (SPH) yang dilengkapi dengan sistem fertigasi.
  • Teknologi ini dapat menjamin pengeluaran hasil yang tinggi dengan kualiti yang lebih baik sepanjang tahun dan kos pengeluaran yang rendah.
  • Asasnya, SPH mempunyai kerangka besi galvani, atap polietilena lut sinar dan dinding jaring kalis serangga polietilena. Struktur juga boleh dibina tanpa dinding lut sinar jaring kalis serangga.

Ciri-ciri reka bentuk

  • Sebuah struktur pelindung hujan bersaiz 6.5 meter lebar, 33.0 meter panjang dan 2.5 meter tinggi. Panjang dan lebar struktur boleh digandakan masing-masing sehingga dua dan empat kali. Menggandakan lebar struktur dua, tiga dan empat kali memerlukan talang antara untuk mengalirkan air hujan keluar dari kawasan bumbung.
  • Bumbung struktur yang dibuat berbentuk terowong membolehkan atap plastik dipasang lebih kukuh dan menggalakkan cahaya matahari masuk kedalam struktur secara optimum. Bukaan condong diantara dua daun bumbung yang dipasang dengan jaring kalis serangga dapat menjana pengudaraan semula jadi dan mengelakkan tempias hujan masuk melalui sisi banggunan menggantikan udara panas.
  • Sejumlah 30 unit SPH bersaiz tunggal diperlukan bagi kawasan seluas sehektar. Ruang selebihnya untuk pembinaan jalan, perparitan dan infrastruktur lain.

Baiklah kawan- kawan sekalian tajuk akan datang kita akan membincangkan pula tentang Sistem Pengairan Fertigasi.

No comments:

Post a Comment