PENYEDIAAN BEG TANAMAN
- Ukuran beg plastik yang biasa digunakan ialah 33 cm panjang dan 50 cm lebar untuk tanaman tomato dan rockmelon.
- Sebaiknya plastik hitam digunakan bagi mengurangkan kos pengeluaran kerana harganya lebih murah dan tahan lama.
- Beg-beg tanaman ini setelah diisi coco peat, dicantum (staple) hujungnya (mulutnya) dan disusun baring membentuk bantal-bantal kecil.
- Untuk memudahkan kerja-kerja pengendalian (memunggah, mengangkat dan meyusun), gunakan satu bantal untuk satu pokok.
|
Contoh Polibeg Bantal |
|
|
|
|
|
- Disyorkan coco peat dibasahkan dan dituskan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bantal plastik untuk mengelakkan masalah hidung atau mata berair.
- Sebanyak 2-2.5 kg coco peat lembap diperlukan untuk setiap bantal tanaman.
- Sebanyak 3-4 lubang untuk laluan keluar lebihan larutan baja di buat dikiri kanan beg tanaman menggunakan pisau kecil lebih kurang 3.5-5 vm dari aras tanah. Kerja ini dilakukan pada hari atau sehari selepas menanam.
No comments:
Post a Comment