Wednesday, May 25, 2011

MEMBANTU PENDEBUNGAAN

  • Tanaman tomato dan cili, pada teorinya, menjalani pendebungaan sendiri. Tetapi apabila ditanam didalam SPH lebih-lebih lagi yang dipasang dengan jaring kalis serangga, terdapat banyak putik buah yang gugur. Kebanyakannya keguguran telah dikenal pasti disebabkan tidak berlaku proses pendebungaan.
  • Di negara Eropah, bumble bee dipelihara untuk membantu pendebungaan semua pokok jenis buah yang ditanam didalam rumah kaca.
  • Walau bagaimanapun proses pendebungaan boleh juga dibantu secara manual dengan membuat gegaran pada tangkai bunga antara pukul 9.30 pagi hingga 2.00 petang setiap hari.
  • Walaupun kaedah ini terlalu banyak menggunakan masa tetapi hasilnya lebih terjamin. Alat penggetar bunga (flower vibrator) telah digunakan secara meluas dibarat sebelum penggunaan bumble bee diketahui.
  • Dengan pemeliharaan kelulut didalam SPH berdinding kalis serangga, walaupun telah berjaya meningkatkan bilangan buah cili, tetapi ia bersifat sementara kerana semua kelulut tersebut telah mati mungkin disebabkan keadaan yang panas didalam SPH.
  • Pendebungaan berbantu menggunakan tangan perlu dilakukan kepada tanaman rockmelon bagi memastikan hasil dapat dituai.

PENUAIAN
  • Pada kebiasaannya pokok tomato, rockmelon dan cili yang ditanam secara fertigasi tanpa menggunakan tanah akan mula dikutip hasilnya 60-90 hari setelah disemai.
  • Buah tomato yang dipetik mestilah mempunyai tangkai buah. Tujuannya adalah untuk membezakan tomato yang ditanam tanpa tanah dengan tomato yang ditanam secara biasa diladang.
  • Memetik buah dilakukan dengan jari hantu, manakala jari telunjuk pula menekan tangkai buah pada garisan tanggal (senescence line) kebawah. Pada garisan tanggal ini buah tomato akan mudah diasingkan dari truss. Buah yang dipetik secara ini akan kelihatan lebih menarik.
  • Bagi tanaman rockmelon, buah dipetik apabila daun pengasuh (flag leaf) pada tangkai buah telah menguning atau kering dan diikuti dengan adanya tanda retak (garisan retak) menggelilingi pangkal buah.
  • Semua hasil tanaman perlu dibuat penggredan mengikut saiz. Jika dicampuradukkannya boleh menyebabkan harga pasarannya akan turun.

MEMBENTUK POKOK

Melentur
  • Melentur hanya perlu dilakukan pada tanaman tomato jenis indeterminate.
  • Tomato jenis ini hanya terbukti dapat memberikan hasil tuaian yang tinggi bagi setiap pokok kerana potensi jangka hayat ekonominya lebih panjang dan penuaian buah yang berterusan dapat dilakukan.
  • Pokok tomato yang tidak dilenturkan akan tumbuh memanjang tanpa haluan. Keadaan ini akan menyukarkan kerja-kerja pengurusan yang lain seperti membuang tunas air dan mengutip buah.
  • Amalan yang biasa dilakukan oleh pengusaha adalah dengan melentur pokok tomato kesisi sama ada ke kanan atau ke kiri susunan batas.
  • Pokok yang disebelahnya turut dilenturkan mengikut arah yang sama. Cara melentur yang mudah dan tidak menjejaskan pokok (yang memungkinkannya patah) adalah dengan melakukannya seawal mungkin.
  • Melentur dilakukan dengan mengendurkan tali lanjaran dan menganjakkan dawai penyangkut kesisi dengan ukuran jarak 30cm.
  • Pergerakan melentur dilakukan secara bergerak kebelakang (mengundur).

Melilit pokok mengikut tali lanjaran

  • Kerja melilitkan pucuk pokok mesti dilakukan bagi memastikan pokok tanaman terus tumbuh keatas.
  • Sekiranya tidak dilakukan terutamanya pada tanaman tomato, pucuk batang utamanya akan memanjang kesisi dan mungkin akan patah.
  • Manakala bagi pokok rockmelon dan timun, pucuk pokok akan mengganggu pokok-pokok disebelahnya dan akan menyukarkan kerja-kerja pengurusan yang lain seperti mengutip buah dan membuang tunas air.
  • Kerja-kerja melilit pokok biasanya dilakukan serentak dengan kerja-kerja membuang tunas air.

Tuesday, May 17, 2011

MEMBUAT CANTASAN

Membuang Tunas Air
  • Tunas air yang dikeluarkan oleh semua pokok (jenis berdaun lebar) tidak diperlukan. Tunas air akan terus tumbuh dari celah daun (diantara batang pokok dengan tangkai daun).
  • Membuang tunas air perlu dilakukan untuk semua poko sayuran jenis buah yang ditanam secara tanpa tanah termasuk tomato, rockmelon, cili, capsicum dan timun.
  • Kerja-kerja membuang tunas air merupakan kerja harian yang mesti dilakukan untuk mendapatkan satu batang utama (single main stem).
  • Dengan mengekalkan satu batang utama, jangka hayat ekonomi tanaman dapat dipanjangkan dan menjamin buah yang lebih besar dan seragam.
  • Tanaman tomato jenis indeterminate di kawasan tanah rendah tropika boleh tumbuh memanjang melebihi 6 m dan masih mampu mengeluarkan hasil walaupun mungkin tidak ekonomik.
  • Kerja-kerja membuang tunas air perlu dilakukan seawal mungkin bahkan dari perimgkat pembesaran ditapak semaian lagi.

Membuang Daun Tua
  • Daun tuan perlu dibuang kerana tidak berupaya lagi untuk membantu membuat makanan (terutamanya yang terlindung daripada mendapat cahaya matahari).
  • Daun tua juga kebanyakannya berpenyakit. Pembuangan daun tua biasanya dilakukan selepas mengutip hasil.

Sunday, May 15, 2011

PENANAMAN

  • Anak benih yang berumur 10-16 hari selepas cambah sedia untuk diubah ke bantal tanaman berisi coco peat.
  • Pada peringkat ini ketinggian pokok 10-12 cm.
  • Anak pokok boleh juga diubah lebih awal lagi tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok.
  • Beg tanaman ditebuk sama ada berbentuk tingkap atau bentuk X.

  • Dawai Pengantung ini biasanya direntang kemas sama ada memanjang atau melintangi struktur pelindung hujan mengikut pergerakan matahari. Dawai ini mestilah cukup tinggi (2.5 m) untuk mewujudkan pengudaraan yang baik.
  • Pastikan bahawa sistem pengairan titis berfungsi. Penitis dicucukkan kepangkal pokok agar anak pokok yang baru ditanam mendapat bekalan larutan baja setiap kali pam dihidupkan.
  • Pemeriksaan sentiasa dilakukan pada setiap pokok untuk memastikan kesemuanya menerima titisan larutan baja.


 PENGURUSAN SISTEM PENGAIRAN

  • Pembekalan larutan baja dilakukan mengikut masa yang ditetapkan dengan bantuan alat pengatur masa.
  • Kekerapan dan tempoh masa setiap penitisan bergantung kepada jenis tanaman dan peringkat umur tanaman.
  • Pada amnya tanaman rockmelon yang mempunyai daun yang lebar, memerlukan kekerapan penitisan yang lebih jika dibandingkan dengan tanaman tomato atau cili.
  • Tempoh masa penitisan tidak perlu terlalu panjang bagi menghalang pembaziran larutan baja.
  • Dalam tempoh penitisan yang panjang, jumlah larutan baja yang diberikan akan melebihi kemampuan bagi coco peat untuk menyerap dan menyimpannya.
  • Penitisan selama lebih kurang 5-6 minit bagi setiap 2 jam (pada siang hari) adalah memadai untuk tanaman yang ditanam di tanah rendah. Dalam tempoh ini tiap-tiap pokok menerima lebih kurang 100-150 ml larutan baja.
  • Sistem pengairan titis memang mudah tersumbat akibat timbunan garam galian dan juga lumut.
  • Pokok perlu diperiksa setiap hari untuk mengesan penitis yang tersumbat.
  • Pemeriksaan yang cekap boleh dilakukan antara 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Pemeriksaan pada waktu petang mungkin terlalu lewat untuk memulihkan pokok yang telah layu akibat tidak mendapat larutan baja.
  • Apabila penitis tersumbat, pokok akan layu. Biasanya pokok layu bermula dari daun muda atau pucuk. Cabut penitis dari microtiub dan bersihkan.
  • Penggunaan penapis lazimnya boleh mengurangkan masaalah ini. Walaupun bagaimanapun perlu dingat bahawa penapis mestilah sentiasa dibersihkan dari semasa ke semasa untuk menjamin keberkesanannya.
  • Kejadian penimbunan sisa garam galian didalam medium tanaman sering berlaku dikawasan tanah rendah tropika. Untuk mengelakkan kejadian ini, medium tanaman disyorkan supaya dibilas dengan air bersih setiap kali sebelum pengisian semula tangki larutan baja dilakukan.

PENYEDIAAN BEG TANAMAN

  • Ukuran beg plastik yang biasa digunakan ialah 33 cm panjang dan 50 cm lebar untuk tanaman tomato dan rockmelon.
  • Sebaiknya plastik hitam digunakan bagi mengurangkan kos pengeluaran kerana harganya lebih murah dan tahan lama.
  • Beg-beg tanaman ini setelah diisi coco peat, dicantum (staple) hujungnya (mulutnya) dan disusun baring membentuk bantal-bantal kecil.
  • Untuk memudahkan kerja-kerja pengendalian (memunggah, mengangkat dan meyusun), gunakan satu bantal untuk satu pokok.

Contoh Polibeg Bantal





  • Disyorkan coco peat dibasahkan dan dituskan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bantal plastik untuk mengelakkan masalah hidung atau mata berair.
  • Sebanyak 2-2.5 kg coco peat lembap diperlukan untuk setiap bantal tanaman.
  • Sebanyak 3-4 lubang untuk laluan keluar lebihan larutan baja di buat dikiri kanan beg tanaman menggunakan pisau kecil lebih kurang 3.5-5 vm dari aras tanah. Kerja ini dilakukan pada hari atau sehari selepas menanam.

Wednesday, May 11, 2011

PEMILIHAN VARIETI

  • Varieti merupakan komponen penting untuk mendapatkan hasil yang tinggi, tetapi tidak semestinya dapat menyelesaikan semua masalah yang dihadapi petani.
  • Petani perlu memastikan varieti yang paling sesuai digunakan. Varieti mempunyai tindak balas yang khusus terhadap alam persekitaran seperti suhu, kelembapan angin dan tahap pengurusan. Terdapat varieti yang sangat peka dan ada yang stabil terhadap perubahan persekitaran.
  • Pengetahuan tentang ciri-ciri varieti yang terkini amatlah penting untuk pemilihan yang tepat.
  • Gunakan varieti yang telah disyorkan sahaja.

Varieti tanaman yang syorkan mengikut jenis tanaman :

  1. Tomato :  Al boran, Baccarat 322, Gin Yuen Bao, Batu 163.
  2. Cili : Kulai F469, Red Kulai 151, Cili api centil.
  3. Rockmelon : Goddes, Glamour, Emerald Jewels, Roze.


PENYEDIAAN BIJI BENIH
  • Gunakan biji benih yang tulen dan berkualiti.
  • Pastikan biji benih yang digunakan bebas daripada sebarang penyakit dan tiada kesan serangan serangga.
  • Gunakan benih yang peratus percambahannya tidak kurang daripada 90%. Ujian percambahan perlu dilakukan sekiranya benih telah tersimpan lama didalam stok. Apabila percambahannya tidak mencapai tahap yang sepatutnya, biji benih perlu diganti dengan benih baru.
  • Dalam keadaan tertentu, rawatan biji benih perlu dibuat.


PENYEDIAAN ANAK BENIH
  • Sekiranya seseorang pengusaha dapat menyediakan anak benih tanaman dengan baik, secara tidak langsung boleh menjamin 50% kejayaan.
  • Peat moss ialah medium yang paling baik untuk dijadikan medium percambahan.
  • Dengan menggunakan biji benih yang diperoleh dari sumber atau pembekal yang boleh dipercayai, peat moss pasti dapat memberikan pertumbuhan anak benih yang baik.
  • Dulang semaian sama ada daripada jenis plastik hitam atau plug polistirena boleh digunakan. Anak benih mudah dikeluarkan tanpa menjejaskan akar pokok.

Contoh Dulang Semaian

  • Dulang Semaian diisi dengan peat moss. Pastikannya tidak terlalu padat atau longar. Buatkan lubang dengan mencucukkan jari telunjuk sedalam 1cm.
  • Masukkan biji benih yang telah dirawat dengan Thiram atau Captan ke dalam lubang ini. Satu biji benih bagi setiap sati plug.
  • Siram biji benih dengan air bersih menggunakan penyembur tangan kecil bagi memastikan biji benih basah dan dapat bercambah.
  • Lubang biji benih ini jangan dikambus terlalu padat.
  • Dulang semaian ditutup dengan helaian plastik hitam dan diletakkan dibawah teduhan.
  • Biarkan beberapa hari untuk biji benih bercambah, biasanya 4-6 hari di tanah rendah bagi tomato dan cili. Biji benih rockmelon hanya memerlukan 2 hari sahaja untuk bercambah.
  • Takung pembesaran dilengkapi dengan sistem pengairan NFT (Nutrient Film Technique) dengan larutan bajanya berkitar dengan bantuan pam kecil akuarium (32-40 watt).
  • Anak benih diberikan larutan baja dengan kepekatan Electro-Conductivity (EC) = 1.6 uS dan ditingkatkan kepekatannya seminggu kemudian sehingga EC = 2.0 uS.
  • Setelah 2 minggu anak benih ini sedia untuk diubah ke beg tanaman.


MEMBUAT LARUTAN STOK
  • Sebanyak 14 jenis unsur dalam bentuk sebatian (nitrogen, fosforus, kalium, kalsium, sulfat, magnesium, mangan, ferum/zat besi, kuprum, zink, boron, ammonium, molibdenum dan natrium) diperlukan sebagai asas bagi mendapatkan satu formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan pokok yang baik (unsur lain seperti oksigen, hidrogen dan karbon diperoleh daripada udara).
  • Unsur-unsur dalam bentuk sebatian ini mestilah betul-betul larut didalam air agar mudah diagihkan kesetiap pokok sengan seragam.
  • Formulasi baja adalah berbeza mengikut jenis tanaman.
  • Kaedah membuat larutan stok boleh download di bawah.
  • Larutan stok disediakan dengan kepekatan 100x ganda daripada yang diperlukan oleh pokok. Boleh juga disediakan dalam kepekatan 200x ganda untuk mengurangkan ruang menyimpan tangki larutan stok.
  • Kalsium nitrat [Ca(NO3)2] mestilah disediakan secara berasingan daripada sebatian yang mengandungi PO4 dan SO4 untuk mengelakkan berlakunya tindak balas kimia dan terjadinya pemendakan. Biasanya larutan CA(N03)2 dan zat ferum disatukan dan disediakan berasingan daripada 9 sebatian lain.
  • Larutan stok ini [Ca(NO3)2 dan zat ferum] dilabelkan dengan LARUTAN `A` manakala larutan yang mengandungi sebatian-sebatian lain (KNO3, KH2PO4, MgSO4, MnSO4, CuSO4, ZnSO4, asid borik, ammonium molibdat atau natrium molibdat dilabelkan dengan LARUTAN `B`.
  • Perlu diingat bahawa semasa membuat larutan baja, kedua-dua larutan baja, kedua-dua larutan stok tidak boleh dicampurkan serentak. Larutan stok hendaklah dituangkan satu persatu bagi mengelakkan berlakunya sebarang tindak balas kimia yang mewujudkan sebatian lain yang tidak larut.

KEPERLUAN OPERASI

  • Kadar penitisan mestilah kerap dengan tempoh yang pendek, Tempoh masa pemberian baja mestilah bertepatan dengan keperluan pokok.
  • Jangan terlalu banyak larutan baja bagi mengelakkan berlakunya pembaziran dan seterusnya dapat mengurangkan kos pengeluaran.
  • Penapis mestilah dibersihkan selalu mengikut jadual (sama ada sekali seminggu atau dua minggu sekali bergantung kepada kuantiti air) untuk memastikan sistem fertigasi berfungsi dengan sempurna.
  • Sebulan sekali klip di hujung paip tertier dibuka intuk mencuci dan membilas keluar mendapan garam galian dan benda asing yang berada didalam paip tersebut.
  • Alat penitis mestilah diperiksa dan dibersihkan setiap minggu untuk mendapatkan pengaliran larutan baja yang betul.
  • Kekerapan penitisan ditambah mengikut pertumbuhan pokok bagi memastikan pokok yang semakin membesar mendapat larutan baja yang mencukupi.
 

KEBAIKAN & KEKURANGAN SISTEM FERTIGASI

Kebaikan
  • Kaedah fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, meningkatkan produktiviti dan kualiti, menjimatkan masa, mengurangkan penggunaan tenaga buruh serta meningkatkan kecekapan ladang. Inilah sebab utama fertigasi diminati.
  • Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan penggunaan air dan baja berbanding dengan cara-cara lain.
  • Penggunaan alat pengatur masa automatik menjamin keberkesanannya.
  • Kekerapan pemberian larutan baja pada kadar yang perlahan dapat memastikan perbezaan lembapan tanah tidak terlalu besar antara tanah yang kering dengan yang basah.
  • Memandangkan kadar penitisan yang perlahan, saiz paip utama dan paip tertier adalah sangat kecil. Oleh itu kos pembelian paip adalah lebih murah.
  • Mengelakkan garam daripada meresap kedalam tanah/mengelakkan pencemaran nutrien.
  • Mengelak dijangkiti penyakit bawaan tanah.

Kekurangan
  • Saiz lubang tempat keluarnya larutan baja dari penitis adalah kecil. Oleh itu ia mudah tersumbat disebabkan oleh timbunan garam galian yang terjadi akibat proses penyejatan larutan baja di antara dua penitisan.
  • Timbunan garam galian akan berlaku didalam medium tanaman tanah rendah tropika. Kejadian ini berlaku sedikit demi sedikit disebabkan berlaku nya proses evapotranspirasi yang berlebihan akibat cuaca terlalu panas. Timbunan garam ini akan terus berlaku sehingga medium tanaman menjadi terlalu bergaram (tinggi salinitinya) dan boleh menyebabkan pokok mati akibat berlaku proses deplamolisis.

Sunday, May 8, 2011

Komponen dalam sistem fertigasi

Fertigasi dapat dilaksanakan dengan bantuan alat-alat seperti penitis, paip tertier, paip utama, paip sekunder dan tangki larutan.

Penitis ( Dripper/Emitter )
  • Penitis ialah alat yang dipasang di hujung microtiub dimana larutan baja keluar ke pangkal tanaman.
  • Penitis disambungkan ke paip tertier ( lateral lines ) menggunakan tiub kecil dikenali sebagai microtiub yang biasanya bergaris pusat 1mm dan panjangnya 0.5m.
  • Penitis yang baik adalah daripada jenis dwifungsi iaitu sebagai penitis dan juga pengatur ( regulator ). Penyelenggaraan penitis jenis ini lebih mudah kerana penitis mudah dicabut dan dibersihkan apabila tersumbat.

Paip tertier (lateral lines)
  • Paip tertier dipasang sama ada satu paip polietilena bagi setiap baris tanaman seperti tanaman cili atau satu paip polietilena bagi setiap dua baris tanaman seperti tanaman tomato, rockmelon dan timun.
  • Sebaiknya ia dipasang mendatar terutama bagi kaedah graviti atau penggunaan pam yang kecil tekanannya.
  • Saiz paip tertier (polypipe HDPE) yang biasanya digunakan bergaris pusat 16mm atau 20mm. Walau bagimanapun pengamal fertigasi kini menggunakan paip bergaris pusat 16mm.
  • Penggunaan paip tertier yang berwarna putih sangat-sangat digalakkan untuk mengurangkan peningkatan suhu larutan nutrien didalam paip polietilena.

Paip utama (main lines)
  • Paip utamanya biasanya bergaris pusat antara 32mm hingga 40mm.

Paip sekunder (secondary line)
  • Paip sekunder biasanya bergaris pusat antara 32mm hingga 40mm bergantung kepada bilangan paip tertier dan bilangan pokok yang perlu difertigasi.

Tangki larutan baja
  • Tangki larutan baja berfungsi untuk menakung larutan baja, disitu juga ialah pusat untuk menyekat kepekatan, merawat, menapis dan mengatur sukatan dan masa pemberian larutan baja.
  • Disekitar tangki inilah terletaknya pam, penyukat tekanan, penapis, penyulat kepekatan dan keasidan baja, serta pengatur masa (timer).
  • Pengaliran larutan baja dari tangki larutan baja boleh dilakukan sama ada menggunakan pam atau secara tarikan graviti.
  • Kedah tolakan graviti biasanya dilakukan dikawasan yang tiada bekalan tenaga elektrik atau terdapat tanah tinggi yang berhampiran dengan ladang seperti yang diamalkan di Cameron Highland.

Penapis (Filter)
  • Penapis diperlukan untuk menapis benda asing dari masuk ke sistem pengairan.
  • Penapis perlu dibersihkan sekerap mungkin agar kerja-kerja penapisan berkesan.
  • Biasanya penapis dipasang selepas pam air.
  • Air yang digunakan untuk fertigasi perlu bersih dan bebas daripada sebarang patogen untuk mengelakkan penitis tersumbat dan tanaman dijangkiti penyakit.

Alat pengatur masa (timer)
  • Alat pengataur masa digunakan untuk memastikan pemberian larutan baja yang dilakukan pada masa, kekerapan dan kuantiti yang telah ditetapkan.
  • Kuantiti larutan baja yang diberikan juga bergantung pada masa tempoh masa penitisan.
  • Kuasa pam (tekanan) juga mempengaruhi tempoh masa penitisan.