Friday, March 18, 2011

SISTEM FERTIGASI

Sistem Pengairan fertigasi

  • Sistem fertigasi ialah satu sistem pembekalan air dan larutan baja ke zon akar secara automatik mengikut keperluan tumbesaran tanaman secara berkesan.
  • Sistem fertigasi dijadualkan untuk mengagihkan larutan baja (pada kepekatan rendah) beberapa kali sehari (mengikut keperluan) kepada setiap pokok.
  • Tujuan utama sistem ini adalah untuk menigkatkan keberkesanan penggunaan baja. Pengagihan secara automatik menggunakan pengatur masa (timer) dengan kekerapan dan tempoh pemberian yang telah dikenal pasti dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh.
  • Sistem fertigasi direka bentuk mengikut keperluan amalan fisiologi dan tanaman yang khusus.
  • Pam air boleh tenggelam (submersible pump) yang diperbuat daripada polietilena dan keluli tahan karat digunakan untuk mengepam larutan baja dari tangki larutan baja


Kaedah Penanaman Secara Fertigasi

  • Fertigasi disini merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah (soiless culture production system).
  • Umumnya hanya sayur-sayuran jenis buah sahaja seperti tomato, cili merah, capsicum, timun, rockmelon, zukini, terung dan strawberi yang sesuai lagi ekonomik menggunakan kaedah ini.
  • Tujuan penanaman secara fertigasi adalah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit akar yang disebabkan oleh Pytium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya jenis penyakit bawaan tanah.
  • Bagi membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang pengusaha itu mestilah mempunyai struktur pelindung hujan (SPH).
  • Pelbagai bentuk SPH yang dibina daripada pelbagai bahan terdapat di Malaysia. Walau bagaimanapun, bakal pengusaha penanaman secara fertigasi digalakkan mengguna pakai teknologi yang diperakui oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani.
  • Atap SPH hendaklah diperbuat daripada bahan yang lut sinar supaya cahaya matahari dapat diterima guna oleh tanaman.
  • Tanpa SPH, pengawalan perosak tanaman secara kimia tidak akan berkesan disebabkan hujan yang turun akan mencuci racun-racun yang diberikan. Semburan ulangan dan penambahan dos semburan akan meningkatkan kos. Percikan air akibat hujan yang menimpa daun juga memudahkan jangkitan kepada pokok-pokok lain.
  • Selain melindungi tanaman daripada dijangkiti penyakit, SPH juga dapat mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokokmenjadi terlalu cair kerana terkena hujan dan seterusnya menyebabkan pemberian baja tidak berkesan. Akibatnya pertumbuhan pokok terjejas dan hasil merosot.
  • Walau bagaimanapun SPH yang dilengkapi dengan dinding jaring kalis serangga tidak dapat menjamin tanaman daripada menjamin tanaman bebas daripada diserang atau dijangkiti penyakit virus. Ini disebabkan dinding jaring walaupun menggunakan saiz 32 mesh masih tidak dapat menyekat kemasukan hama merah, kutu trip, afid atau lalat putih (pembawa virus) kerana saiznya yang kecil.
  • Makhluk perosak ini bukan sahaja boleh masuk dengan melekat pada pakaian atau anggota pekerja yang keluar masuk SPH.
Medium Tanaman


  • Medium tanaman ialah sebarang bahan sama ada organik atau bukan organik yang boleh digunakan sebagai tempat untuk akar berpegang disamping membantu tumbesaran pokok.
  • Medium tanaman yang paling banyak digunakn ialah coconut coir dust yang dikenali sebagai cocopeat atau habuk sabut kelapa.
  • Cocopeat adalah murah dan mudah dibeli jika dibandingkan dengan medium tanaman komersial lain seperti perlite, vermiculite dan maidenwell diatomite.
  • Medium tanpa tanah lain yang boleh digunakan adalah seperti pasir sungai/lombomg atau batu kerikil granit ( bukan batu kapur kerana kandungan kalsiumnya tinggi).

Thursday, March 17, 2011

Struktur Pelindung Hujan SPH

Struktur Pelindung Hujan SPH


Pendahuluan

  • Pengeluaran tanaman diladang terbuka dataran rendah menghadapi risiko tinggi akibat tegasan suhu yang tinggi, sinaran matahari yang ekstrem, timpaan hujan lebat, tiupan angin kencang, serta serangan penyakit dan serangga perosak.
  • Dilaporkan kerosakan akibat serangan penyakit dan serangga perosak diladang terbuka boleh mencapai 100%.
  • Masaalah ini boleh diatasi dengan menggunakan teknologi struktur pelindung hujan (SPH) yang dilengkapi dengan sistem fertigasi.
  • Teknologi ini dapat menjamin pengeluaran hasil yang tinggi dengan kualiti yang lebih baik sepanjang tahun dan kos pengeluaran yang rendah.
  • Asasnya, SPH mempunyai kerangka besi galvani, atap polietilena lut sinar dan dinding jaring kalis serangga polietilena. Struktur juga boleh dibina tanpa dinding lut sinar jaring kalis serangga.

Ciri-ciri reka bentuk

  • Sebuah struktur pelindung hujan bersaiz 6.5 meter lebar, 33.0 meter panjang dan 2.5 meter tinggi. Panjang dan lebar struktur boleh digandakan masing-masing sehingga dua dan empat kali. Menggandakan lebar struktur dua, tiga dan empat kali memerlukan talang antara untuk mengalirkan air hujan keluar dari kawasan bumbung.
  • Bumbung struktur yang dibuat berbentuk terowong membolehkan atap plastik dipasang lebih kukuh dan menggalakkan cahaya matahari masuk kedalam struktur secara optimum. Bukaan condong diantara dua daun bumbung yang dipasang dengan jaring kalis serangga dapat menjana pengudaraan semula jadi dan mengelakkan tempias hujan masuk melalui sisi banggunan menggantikan udara panas.
  • Sejumlah 30 unit SPH bersaiz tunggal diperlukan bagi kawasan seluas sehektar. Ruang selebihnya untuk pembinaan jalan, perparitan dan infrastruktur lain.

Baiklah kawan- kawan sekalian tajuk akan datang kita akan membincangkan pula tentang Sistem Pengairan Fertigasi.

MAKLUMAT ASAS DALAM PENANAMAN SECARA FERTIGASI

Struktur Pelindung Hujan

Pendahuluan
  • Pengeluaran tanaman di ladang terbuka dataran rendah menghadapi resiko tinggi akibat tegasan suhu yang tinggi, sinaran matahari yang ekstrem, timpaan hujan lebat, tiupan angin kencang, serta serangan penyakit dan serangga perosak.
  • Dilaporkan kerosakan akibat serangan penyakit dan serangga perosak diladang terbuka boleh mencapai 100%.

Tuesday, March 15, 2011




Pengenalan tentang Fertigasi

Fertigasi sebenarnya berasal daripada cantuman dua perkataan "fertilization" dan "irrigation". Proses pembajaan dan pengairan terhadap tanaman berjalan serentak. Fertigasi juga merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah ( soilless culture production system ) . Umumnya hanya beberapa jenis sayur dan buah sahaja seperti tomato, cili merah, timun, zukini, terung, rockmelon dan strawberi yang sesuai menggunakan kaedah ini.


Tujuan asal kaedah ini adah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit akar seperti penyakit Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya dibawa oleh tanah. Untuk membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang pengusaha itu mestilah mempunyai rumah tanaman, yang lebih dikenali sebagai struktur pelindung hujan ( SPH ).

Pelbagai bentuk SPH yang dibina daripada pelbagai bahan terdapat di Malaysia. Bumbung SPH mestilah diperbuat daripada bahan yang lut sinar yakni telus cahaya. SPH diperlukan untuk mengelakkan tanaman yang ditanam tidak mudah dijangkiti oleh sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk atau buah yang disebabkan oleh percikan hujan. Antara penyakit yang dianggap paling merbahaya ialah penyakit hawar pucuk dan Antraknos.

Selain melindungi tanaman daripada dijangkiti penyakit, ia juga bertujuan untuk mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair (terkena hujan) dan membuatkan pemberian baja tidak berkesan.

Contoh Rumah SPH
 Medium tanaman yang paling banyak digunakan ialah 'coconut coir dust' yang juga dikenali dengan panggilan 'coco peat' . Dalam bahasa mudah bermaksud habuk sabut kelapa. 'Coco peat' mudah diperoleh jika dibandingkan dengan medium tanaman komersial lain seperti "perlite", "vermiculite" dan "maidenwell diatomite". Medium tanpa tanah lain yang boleh digunakan ialah medium pasir sungai, pasir lombong atau batu kerikil granit (bukan batu kapur).

Fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, dan inilah punca utama ia diminati ramai pengguna. Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan penggunaan air dan baja berbanding dengan cara-cara lain. Kos tenaga kerja untuk mengendalikan sistem ini juga rendah. Penggunaan alat pengatur masa automatik menjamin keberkesanannya.

Baiklah siri akan datang saya akan terangkan pula tentang maklumat asas dalam penanaman secara fertigasi.
Jangan lupa follow saya .

Pertanian organik

Pertanian organik didefinisikan sebagai ’sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik, yang menggalakkan dan meningkatkan kesihatan ekosistem pertanian, termasuk kepelbagaian bio, pusingan biologikal dan aktiviti biologikal tanah. Ia menekankan penggunaan amalan pengurusan dalam mengutamakan penggunaan input luar ladang, dengan mengambil kira keadaan wilayah yang memerlukan penggunaan sistem tempatan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan seberapa yang boleh, agronomi, kaedah mekanikal dan biologikal, bertentangan terhadap penggunaan bahan sintetik, untuk memenuhi sebarang fungsi khusus dalam sistem.”

Melalui kaedah holistik semula jadi, pertanian organik menyatukan kepelbagaian bio liar, kepelbagaian bio pertanian dan pemuliharaan tanah, dan membawa pertanian satu langkah ke hadapan dengan menghapuskanbaja kimia, racun makhluk perosak dan organisme ubah suai genetik (GMO), yang bukan hanya memperbaiki kesihatan manusia, tetapi juga flora dan fauna yang berkait dengan ladang dan alam sekitarnya. Pertanian organik menguatkan struktur tanah, memelihara air dan memastikan pemuliharaan dan penggunaan mapan kepelbagaian bio.

Pencemaran pertanian seperti baja bukan organik, racun rumpai dan racun makhluk perosak daripada pertanian konvesional adalah menjadi kebimbangan utama di seluruh dunia. Eutrophication, tumbuhan dan binatang akuatik menjadi lemas akibat pertumbuhan algae yang cepat, dirujuk sebagai ‘algae blooms’, membunuh tasik, sungai dan air. Penggunaan berterusan racun rumpai dan racun makhluk perosak boleh melangkaui sasaran rumpai dan serangga apabila diperkenalkan dalam alam sekitar akuatik. Bahan kimia ini berkumpul dalam rantaian makanan di mana pemangsa pada bahagian paling atas sering mengambil dos toksik.

Pertanian organik mengembalikan keseimbangan alam sekitar dan tidak mempunyai kesan yang merosakkan ke atas alam sekitar (IFOAM). Untuk bahan organik apa yang kita perlukan ialah baja yang baik. Persoalan yang sering ditanya ialah di mana untuk kita mendapatkan baja yang banyak ini. Jawapannya terletak dalam kompos. Sebahagian besar sisa organik daripada pertanian serta sisa pasar dengan mudah boleh ditukarkan kepada baja, tanpa kos pelaburan yang besar. Ini menggalakkan industri bagi kompos berasaskan tempatan. Semburan dedaun organik serta semburan penghalau serangga juga boleh disediakan pada peringkat tempatan. Ia juga boleh menghasilkan peluang untuk sebahagian besar belia dan wanita di luar bandar. Kerajaan membelanjakan wang yang besar terhadap perbelanjaan perubatan apabila menumpukan kepada makanan yang sihat boleh menjadi jawapannya. ‘Mencegah lebih baik dari mengubati’ dan dasar kerajaan terhadap pertanian perlu disesuaikan untuk menggalakkan serta melindungi pertanian organik.