Wednesday, May 25, 2011

MEMBANTU PENDEBUNGAAN

  • Tanaman tomato dan cili, pada teorinya, menjalani pendebungaan sendiri. Tetapi apabila ditanam didalam SPH lebih-lebih lagi yang dipasang dengan jaring kalis serangga, terdapat banyak putik buah yang gugur. Kebanyakannya keguguran telah dikenal pasti disebabkan tidak berlaku proses pendebungaan.
  • Di negara Eropah, bumble bee dipelihara untuk membantu pendebungaan semua pokok jenis buah yang ditanam didalam rumah kaca.
  • Walau bagaimanapun proses pendebungaan boleh juga dibantu secara manual dengan membuat gegaran pada tangkai bunga antara pukul 9.30 pagi hingga 2.00 petang setiap hari.
  • Walaupun kaedah ini terlalu banyak menggunakan masa tetapi hasilnya lebih terjamin. Alat penggetar bunga (flower vibrator) telah digunakan secara meluas dibarat sebelum penggunaan bumble bee diketahui.
  • Dengan pemeliharaan kelulut didalam SPH berdinding kalis serangga, walaupun telah berjaya meningkatkan bilangan buah cili, tetapi ia bersifat sementara kerana semua kelulut tersebut telah mati mungkin disebabkan keadaan yang panas didalam SPH.
  • Pendebungaan berbantu menggunakan tangan perlu dilakukan kepada tanaman rockmelon bagi memastikan hasil dapat dituai.

PENUAIAN
  • Pada kebiasaannya pokok tomato, rockmelon dan cili yang ditanam secara fertigasi tanpa menggunakan tanah akan mula dikutip hasilnya 60-90 hari setelah disemai.
  • Buah tomato yang dipetik mestilah mempunyai tangkai buah. Tujuannya adalah untuk membezakan tomato yang ditanam tanpa tanah dengan tomato yang ditanam secara biasa diladang.
  • Memetik buah dilakukan dengan jari hantu, manakala jari telunjuk pula menekan tangkai buah pada garisan tanggal (senescence line) kebawah. Pada garisan tanggal ini buah tomato akan mudah diasingkan dari truss. Buah yang dipetik secara ini akan kelihatan lebih menarik.
  • Bagi tanaman rockmelon, buah dipetik apabila daun pengasuh (flag leaf) pada tangkai buah telah menguning atau kering dan diikuti dengan adanya tanda retak (garisan retak) menggelilingi pangkal buah.
  • Semua hasil tanaman perlu dibuat penggredan mengikut saiz. Jika dicampuradukkannya boleh menyebabkan harga pasarannya akan turun.

2 comments: