Wednesday, May 11, 2011

PEMILIHAN VARIETI

  • Varieti merupakan komponen penting untuk mendapatkan hasil yang tinggi, tetapi tidak semestinya dapat menyelesaikan semua masalah yang dihadapi petani.
  • Petani perlu memastikan varieti yang paling sesuai digunakan. Varieti mempunyai tindak balas yang khusus terhadap alam persekitaran seperti suhu, kelembapan angin dan tahap pengurusan. Terdapat varieti yang sangat peka dan ada yang stabil terhadap perubahan persekitaran.
  • Pengetahuan tentang ciri-ciri varieti yang terkini amatlah penting untuk pemilihan yang tepat.
  • Gunakan varieti yang telah disyorkan sahaja.

Varieti tanaman yang syorkan mengikut jenis tanaman :

  1. Tomato :  Al boran, Baccarat 322, Gin Yuen Bao, Batu 163.
  2. Cili : Kulai F469, Red Kulai 151, Cili api centil.
  3. Rockmelon : Goddes, Glamour, Emerald Jewels, Roze.


PENYEDIAAN BIJI BENIH
  • Gunakan biji benih yang tulen dan berkualiti.
  • Pastikan biji benih yang digunakan bebas daripada sebarang penyakit dan tiada kesan serangan serangga.
  • Gunakan benih yang peratus percambahannya tidak kurang daripada 90%. Ujian percambahan perlu dilakukan sekiranya benih telah tersimpan lama didalam stok. Apabila percambahannya tidak mencapai tahap yang sepatutnya, biji benih perlu diganti dengan benih baru.
  • Dalam keadaan tertentu, rawatan biji benih perlu dibuat.


PENYEDIAAN ANAK BENIH
  • Sekiranya seseorang pengusaha dapat menyediakan anak benih tanaman dengan baik, secara tidak langsung boleh menjamin 50% kejayaan.
  • Peat moss ialah medium yang paling baik untuk dijadikan medium percambahan.
  • Dengan menggunakan biji benih yang diperoleh dari sumber atau pembekal yang boleh dipercayai, peat moss pasti dapat memberikan pertumbuhan anak benih yang baik.
  • Dulang semaian sama ada daripada jenis plastik hitam atau plug polistirena boleh digunakan. Anak benih mudah dikeluarkan tanpa menjejaskan akar pokok.

Contoh Dulang Semaian

  • Dulang Semaian diisi dengan peat moss. Pastikannya tidak terlalu padat atau longar. Buatkan lubang dengan mencucukkan jari telunjuk sedalam 1cm.
  • Masukkan biji benih yang telah dirawat dengan Thiram atau Captan ke dalam lubang ini. Satu biji benih bagi setiap sati plug.
  • Siram biji benih dengan air bersih menggunakan penyembur tangan kecil bagi memastikan biji benih basah dan dapat bercambah.
  • Lubang biji benih ini jangan dikambus terlalu padat.
  • Dulang semaian ditutup dengan helaian plastik hitam dan diletakkan dibawah teduhan.
  • Biarkan beberapa hari untuk biji benih bercambah, biasanya 4-6 hari di tanah rendah bagi tomato dan cili. Biji benih rockmelon hanya memerlukan 2 hari sahaja untuk bercambah.
  • Takung pembesaran dilengkapi dengan sistem pengairan NFT (Nutrient Film Technique) dengan larutan bajanya berkitar dengan bantuan pam kecil akuarium (32-40 watt).
  • Anak benih diberikan larutan baja dengan kepekatan Electro-Conductivity (EC) = 1.6 uS dan ditingkatkan kepekatannya seminggu kemudian sehingga EC = 2.0 uS.
  • Setelah 2 minggu anak benih ini sedia untuk diubah ke beg tanaman.


MEMBUAT LARUTAN STOK
  • Sebanyak 14 jenis unsur dalam bentuk sebatian (nitrogen, fosforus, kalium, kalsium, sulfat, magnesium, mangan, ferum/zat besi, kuprum, zink, boron, ammonium, molibdenum dan natrium) diperlukan sebagai asas bagi mendapatkan satu formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan pokok yang baik (unsur lain seperti oksigen, hidrogen dan karbon diperoleh daripada udara).
  • Unsur-unsur dalam bentuk sebatian ini mestilah betul-betul larut didalam air agar mudah diagihkan kesetiap pokok sengan seragam.
  • Formulasi baja adalah berbeza mengikut jenis tanaman.
  • Kaedah membuat larutan stok boleh download di bawah.
  • Larutan stok disediakan dengan kepekatan 100x ganda daripada yang diperlukan oleh pokok. Boleh juga disediakan dalam kepekatan 200x ganda untuk mengurangkan ruang menyimpan tangki larutan stok.
  • Kalsium nitrat [Ca(NO3)2] mestilah disediakan secara berasingan daripada sebatian yang mengandungi PO4 dan SO4 untuk mengelakkan berlakunya tindak balas kimia dan terjadinya pemendakan. Biasanya larutan CA(N03)2 dan zat ferum disatukan dan disediakan berasingan daripada 9 sebatian lain.
  • Larutan stok ini [Ca(NO3)2 dan zat ferum] dilabelkan dengan LARUTAN `A` manakala larutan yang mengandungi sebatian-sebatian lain (KNO3, KH2PO4, MgSO4, MnSO4, CuSO4, ZnSO4, asid borik, ammonium molibdat atau natrium molibdat dilabelkan dengan LARUTAN `B`.
  • Perlu diingat bahawa semasa membuat larutan baja, kedua-dua larutan baja, kedua-dua larutan stok tidak boleh dicampurkan serentak. Larutan stok hendaklah dituangkan satu persatu bagi mengelakkan berlakunya sebarang tindak balas kimia yang mewujudkan sebatian lain yang tidak larut.

No comments:

Post a Comment