Sunday, May 8, 2011

Komponen dalam sistem fertigasi

Fertigasi dapat dilaksanakan dengan bantuan alat-alat seperti penitis, paip tertier, paip utama, paip sekunder dan tangki larutan.

Penitis ( Dripper/Emitter )
  • Penitis ialah alat yang dipasang di hujung microtiub dimana larutan baja keluar ke pangkal tanaman.
  • Penitis disambungkan ke paip tertier ( lateral lines ) menggunakan tiub kecil dikenali sebagai microtiub yang biasanya bergaris pusat 1mm dan panjangnya 0.5m.
  • Penitis yang baik adalah daripada jenis dwifungsi iaitu sebagai penitis dan juga pengatur ( regulator ). Penyelenggaraan penitis jenis ini lebih mudah kerana penitis mudah dicabut dan dibersihkan apabila tersumbat.

Paip tertier (lateral lines)
  • Paip tertier dipasang sama ada satu paip polietilena bagi setiap baris tanaman seperti tanaman cili atau satu paip polietilena bagi setiap dua baris tanaman seperti tanaman tomato, rockmelon dan timun.
  • Sebaiknya ia dipasang mendatar terutama bagi kaedah graviti atau penggunaan pam yang kecil tekanannya.
  • Saiz paip tertier (polypipe HDPE) yang biasanya digunakan bergaris pusat 16mm atau 20mm. Walau bagimanapun pengamal fertigasi kini menggunakan paip bergaris pusat 16mm.
  • Penggunaan paip tertier yang berwarna putih sangat-sangat digalakkan untuk mengurangkan peningkatan suhu larutan nutrien didalam paip polietilena.

Paip utama (main lines)
  • Paip utamanya biasanya bergaris pusat antara 32mm hingga 40mm.

Paip sekunder (secondary line)
  • Paip sekunder biasanya bergaris pusat antara 32mm hingga 40mm bergantung kepada bilangan paip tertier dan bilangan pokok yang perlu difertigasi.

Tangki larutan baja
  • Tangki larutan baja berfungsi untuk menakung larutan baja, disitu juga ialah pusat untuk menyekat kepekatan, merawat, menapis dan mengatur sukatan dan masa pemberian larutan baja.
  • Disekitar tangki inilah terletaknya pam, penyukat tekanan, penapis, penyulat kepekatan dan keasidan baja, serta pengatur masa (timer).
  • Pengaliran larutan baja dari tangki larutan baja boleh dilakukan sama ada menggunakan pam atau secara tarikan graviti.
  • Kedah tolakan graviti biasanya dilakukan dikawasan yang tiada bekalan tenaga elektrik atau terdapat tanah tinggi yang berhampiran dengan ladang seperti yang diamalkan di Cameron Highland.

Penapis (Filter)
  • Penapis diperlukan untuk menapis benda asing dari masuk ke sistem pengairan.
  • Penapis perlu dibersihkan sekerap mungkin agar kerja-kerja penapisan berkesan.
  • Biasanya penapis dipasang selepas pam air.
  • Air yang digunakan untuk fertigasi perlu bersih dan bebas daripada sebarang patogen untuk mengelakkan penitis tersumbat dan tanaman dijangkiti penyakit.

Alat pengatur masa (timer)
  • Alat pengataur masa digunakan untuk memastikan pemberian larutan baja yang dilakukan pada masa, kekerapan dan kuantiti yang telah ditetapkan.
  • Kuantiti larutan baja yang diberikan juga bergantung pada masa tempoh masa penitisan.
  • Kuasa pam (tekanan) juga mempengaruhi tempoh masa penitisan.

10 comments:

  1. Replies
    1. Tangki nutrien tu tangki larutan bajalah😑

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Replies
    1. Nak marah dia kenapa? Blog dia, suka hatilah. Minta elok-elok tak boleh ke

      Delete
  3. Nk fungsi tk mau cara pemasangan!!

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. kalau malas sebab banyak kerja, tak payah buatlah kut

      Delete
  5. Boleh saya tahu nama penulis? Saya nk jadikan rujukan dalam assignment saya..

    ReplyDelete