Ukuran beg plastik yang biasa digunakan ialah 33 cm panjang dan 50 cm lebar untuk tanaman tomato dan rockmelon.
Sebaiknya plastik hitam digunakan bagi mengurangkan kos pengeluaran kerana harganya lebih murah dan tahan lama.
Beg-beg tanaman ini setelah diisi coco peat, dicantum (staple) hujungnya (mulutnya) dan disusun baring membentuk bantal-bantal kecil.
Untuk memudahkan kerja-kerja pengendalian (memunggah, mengangkat dan meyusun), gunakan satu bantal untuk satu pokok.
Contoh Polibeg Bantal
Disyorkan coco peat dibasahkan dan dituskan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bantal plastik untuk mengelakkan masalah hidung atau mata berair.
Sebanyak 2-2.5 kg coco peat lembap diperlukan untuk setiap bantal tanaman.
Sebanyak 3-4 lubang untuk laluan keluar lebihan larutan baja di buat dikiri kanan beg tanaman menggunakan pisau kecil lebih kurang 3.5-5 vm dari aras tanah. Kerja ini dilakukan pada hari atau sehari selepas menanam.
No comments:
Post a Comment