- Kadar penitisan mestilah kerap dengan tempoh yang pendek, Tempoh masa pemberian baja mestilah bertepatan dengan keperluan pokok.
- Jangan terlalu banyak larutan baja bagi mengelakkan berlakunya pembaziran dan seterusnya dapat mengurangkan kos pengeluaran.
- Penapis mestilah dibersihkan selalu mengikut jadual (sama ada sekali seminggu atau dua minggu sekali bergantung kepada kuantiti air) untuk memastikan sistem fertigasi berfungsi dengan sempurna.
- Sebulan sekali klip di hujung paip tertier dibuka intuk mencuci dan membilas keluar mendapan garam galian dan benda asing yang berada didalam paip tersebut.
- Alat penitis mestilah diperiksa dan dibersihkan setiap minggu untuk mendapatkan pengaliran larutan baja yang betul.
- Kekerapan penitisan ditambah mengikut pertumbuhan pokok bagi memastikan pokok yang semakin membesar mendapat larutan baja yang mencukupi.
Wednesday, May 11, 2011
KEPERLUAN OPERASI
KEBAIKAN & KEKURANGAN SISTEM FERTIGASI
Kebaikan
Kekurangan
- Kaedah fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, meningkatkan produktiviti dan kualiti, menjimatkan masa, mengurangkan penggunaan tenaga buruh serta meningkatkan kecekapan ladang. Inilah sebab utama fertigasi diminati.
- Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan penggunaan air dan baja berbanding dengan cara-cara lain.
- Penggunaan alat pengatur masa automatik menjamin keberkesanannya.
- Kekerapan pemberian larutan baja pada kadar yang perlahan dapat memastikan perbezaan lembapan tanah tidak terlalu besar antara tanah yang kering dengan yang basah.
- Memandangkan kadar penitisan yang perlahan, saiz paip utama dan paip tertier adalah sangat kecil. Oleh itu kos pembelian paip adalah lebih murah.
- Mengelakkan garam daripada meresap kedalam tanah/mengelakkan pencemaran nutrien.
- Mengelak dijangkiti penyakit bawaan tanah.
Kekurangan
- Saiz lubang tempat keluarnya larutan baja dari penitis adalah kecil. Oleh itu ia mudah tersumbat disebabkan oleh timbunan garam galian yang terjadi akibat proses penyejatan larutan baja di antara dua penitisan.
- Timbunan garam galian akan berlaku didalam medium tanaman tanah rendah tropika. Kejadian ini berlaku sedikit demi sedikit disebabkan berlaku nya proses evapotranspirasi yang berlebihan akibat cuaca terlalu panas. Timbunan garam ini akan terus berlaku sehingga medium tanaman menjadi terlalu bergaram (tinggi salinitinya) dan boleh menyebabkan pokok mati akibat berlaku proses deplamolisis.
Sunday, May 8, 2011
Komponen dalam sistem fertigasi
Fertigasi dapat dilaksanakan dengan bantuan alat-alat seperti penitis, paip tertier, paip utama, paip sekunder dan tangki larutan.
Penitis ( Dripper/Emitter )
Paip tertier (lateral lines)
Paip utama (main lines)
Paip sekunder (secondary line)
Tangki larutan baja
Penapis (Filter)
Alat pengatur masa (timer)
Penitis ( Dripper/Emitter )
- Penitis ialah alat yang dipasang di hujung microtiub dimana larutan baja keluar ke pangkal tanaman.
- Penitis disambungkan ke paip tertier ( lateral lines ) menggunakan tiub kecil dikenali sebagai microtiub yang biasanya bergaris pusat 1mm dan panjangnya 0.5m.
- Penitis yang baik adalah daripada jenis dwifungsi iaitu sebagai penitis dan juga pengatur ( regulator ). Penyelenggaraan penitis jenis ini lebih mudah kerana penitis mudah dicabut dan dibersihkan apabila tersumbat.
Paip tertier (lateral lines)
- Paip tertier dipasang sama ada satu paip polietilena bagi setiap baris tanaman seperti tanaman cili atau satu paip polietilena bagi setiap dua baris tanaman seperti tanaman tomato, rockmelon dan timun.
- Sebaiknya ia dipasang mendatar terutama bagi kaedah graviti atau penggunaan pam yang kecil tekanannya.
- Saiz paip tertier (polypipe HDPE) yang biasanya digunakan bergaris pusat 16mm atau 20mm. Walau bagimanapun pengamal fertigasi kini menggunakan paip bergaris pusat 16mm.
- Penggunaan paip tertier yang berwarna putih sangat-sangat digalakkan untuk mengurangkan peningkatan suhu larutan nutrien didalam paip polietilena.
Paip utama (main lines)
- Paip utamanya biasanya bergaris pusat antara 32mm hingga 40mm.
Paip sekunder (secondary line)
- Paip sekunder biasanya bergaris pusat antara 32mm hingga 40mm bergantung kepada bilangan paip tertier dan bilangan pokok yang perlu difertigasi.
Tangki larutan baja
- Tangki larutan baja berfungsi untuk menakung larutan baja, disitu juga ialah pusat untuk menyekat kepekatan, merawat, menapis dan mengatur sukatan dan masa pemberian larutan baja.
- Disekitar tangki inilah terletaknya pam, penyukat tekanan, penapis, penyulat kepekatan dan keasidan baja, serta pengatur masa (timer).
- Pengaliran larutan baja dari tangki larutan baja boleh dilakukan sama ada menggunakan pam atau secara tarikan graviti.
- Kedah tolakan graviti biasanya dilakukan dikawasan yang tiada bekalan tenaga elektrik atau terdapat tanah tinggi yang berhampiran dengan ladang seperti yang diamalkan di Cameron Highland.
Penapis (Filter)
- Penapis diperlukan untuk menapis benda asing dari masuk ke sistem pengairan.
- Penapis perlu dibersihkan sekerap mungkin agar kerja-kerja penapisan berkesan.
- Biasanya penapis dipasang selepas pam air.
- Air yang digunakan untuk fertigasi perlu bersih dan bebas daripada sebarang patogen untuk mengelakkan penitis tersumbat dan tanaman dijangkiti penyakit.
Alat pengatur masa (timer)
- Alat pengataur masa digunakan untuk memastikan pemberian larutan baja yang dilakukan pada masa, kekerapan dan kuantiti yang telah ditetapkan.
- Kuantiti larutan baja yang diberikan juga bergantung pada masa tempoh masa penitisan.
- Kuasa pam (tekanan) juga mempengaruhi tempoh masa penitisan.
Subscribe to:
Posts (Atom)